Scroll to top

Wednesday, April 2, 2014

Tiada arahan dari Bank Negara naikkan kadar faedah pinjaman kenderaan

BNM nafi arah naik kadar faedah pinjaman kenderaan
2014/04/02 - 07:54:14 AM Oleh Ahmad Farizal Hajat | ahmadfarizal@bh.com.my


Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan mengeluarkan arahan kepada institusi perbankan tempatan untuk menaikkan kadar faedah pembiayaan sewa beli kenderaan.

Sebaliknya, bank pusat itu berkata, kadar faedah ditetapkan sendiri oleh institusi perbankan berkenaan.

“Tiada sebarang arahan daripada bank pusat untuk menaikkan kadar faedah pembiayaan kenderaan. Institusi perbankan yang menetapkan kadar pinjaman mereka sendiri bersandarkan kepada pelbagai faktor.


“Ia termasuk penilaian institusi perbankan ke atas kedudukan kredit peminjam, kadar pembiayaan pasaran dan pertimbangan yang kompetitif,” kata BNM dalam kenyataan di sini, semalam.


Meningkat 40 mata

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan kadar faedah pinjaman sewa beli meningkat sebanyak 40 mata asas bagi kenderaan nasional dan bukan nasional dalam tempoh dua minggu lalu.
Laporan itu menyebut tindakan institusi perbankan menaikkan kadar faedah ke atas pembiayaan sewa beli kereta itu dibuat atas ‘arahan’ BNM berikutan peningkatan pinjaman tidak berbayar (NPL) untuk kenderaan bermotor, ketika kebimbangan terhadap kenaikan hutang isi rumah dan inflasi, selain jangkaan kadar dasar semalaman yang lebih tinggi tahun ini.

Akhbar berkenaan menyatakan beberapa institusi perbankan tempatan kini menetapkan kadar pinjaman untuk pembelian kereta nasional kepada kira-kira 3.1 peratus berbanding kira-kira 2.7 peratus sebelum ini.


Jumlah pinjaman terjejas

Bagi kereta bukan nasional pula, mereka menetapkan kadar faedah kira-kira 2.8 peratus daripada kira-kira 2.4 peratus sebelum ini.

Difahamkan, jumlah pinjaman terjejas bagi pembelian kenderaan bermotor di Malaysia berada pada paras RM2.33 bilion pada bulan Februari lalu, peningkatan 8.3 peratus daripada RM2.15 bilion pada bulan Januari 2014 dan peningkatan 21 peratus daripada RM1.93 bilion pada Februari 2013.

Tahun lalu, industri automotif tempatan merekodkan jualan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 655,793 unit, meningkat 4.5 peratus atau 28,040 unit berbanding 627,753 unit pada 2012.

Kenderaan penumpang mencatat pertumbuhan 4.4 peratus atau 24,468 unit kepada 576,657 unit daripada 552,189 unit, manakala kenderaan komersial menambah kepada 79,136 unit, naik 4.7 peratus atau 3,572 unit daripada 75,564 unit.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BNMnafiarahnaikkadarfaedahpinjamankenderaan/Article/

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com