Scroll to top

Friday, June 6, 2014

Jangan terlibat kegiatan mencemar institusi raja, kata khutbah Jumaat

Pengekalan institusi raja-raja Melayu di negara ini adalah satu kesinambungan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu Islam sebagai warisan bangsa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Jun, 2014.

Rakyat di negara ini diingatkan tidak terlibat dengan gerakan menggugat dan mencemarkan institusi beraja serta mencemarkan Islam sebagai agama Persekutuan, kata khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Khutbah yang bertajuk "Agama Dimartabat, Raja Didaulat" itu berkata, sebagai teras pentadbiran negara, sultan dan raja adalah teras kepada pengembangan Islam di negara ini.

"Yakinlah pewujudan bangsa dan negara ini atas menjunjung ketinggian dasar agama Islam dan memartabatkan bangsa Melayu sehingga membentuk sebuah negara yangg berdaulat" kata Jakim dalam khutbah berkenaan.

Menurut Jakim, secara tersiratnya, pengekalan institusi raja-raja Melayu di negara ini adalah satu kesinambungan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu Islam sebagai warisan bangsa.

"Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat berpayung mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia.

"Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat Malaysia hidup penuh mahabbah serta bersatu padu dengan menjunjung institusi Raja berperlembagaan," kata Jakim dan menambah, jangan ada rakyat yang sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama dan bangsa kerana kepentingan peribadi dan ideologi masing-masing.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila satu rang undang-undang baru dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Laporan itu mendakwa jika rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) itu diluluskan, ia akan memberi kuasa kepada Sultan Ibrahim menyelia akaun LPHJ dan terlibat dalam pembangunan hartanah di negeri itu.

“Rang undang-undang tersebut, jika diluluskan akan menjadikan Johor negeri pertama yang memberi kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan,” lapor Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata kuasa sultan dalam LPHJ adalah tertakluk kepada kanun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Katanya, mengikut kanun itu, Sultan Ibrahim boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal yang berkaitan.

Sementara itu, pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pemberian kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri bertentangan dengan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Katanya, kerajaan bertangungjawab kepada semua dasar pentadbiran kecuali hal berkaitan agama.

Khutbah yang disediakan Jakim itu juga berkata, terdapat usaha terancang pihak-pihak tertentu yang berselindung atas gelaran NGO cuba mencabar Islam.

"Bagaimanapun, akhir-akhir ini kita dapati pelbagai usaha yang terancang diatur bagi menggugat dan mencabar kedudukan Islam dan hak kebebasan yang dibenarkan Islam.

"Ia bukan sahaja digerakkan oleh kelompok-kelompok tertentu dalam negara yang dipromosi melalui media-media baru. Malah gerakan seperti ini juga mendapat sokongan rakan-rakan sealiran dengan mereka di peringkat antarabangsa," kata khutbah berkenaan.

Agenda-agenda seperti itu jelas khutbah tersebut adalah propaganda fahaman pluralisme dan liberalisme agama yang kian berkembang dalam kelompok umat Islam.

"Gerakan mencabar keutuhan kesusilaan dan kemurnian ajaran Islam ini dapat kita lihat dengan jelas menerusi penganjuran budaya kebebasan melampau oleh kumpulan-kumpulan yang bertopengkan perjuangan Hak Asasi Manusia (HAM) dan perjuangan anti-diskriminasi yang bertopengkan atas nama NGO-NGO tertentu," kata khutbah itu lagi. – 6 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com