Scroll to top

Saturday, June 7, 2014

Pendekatan berbeza namun tetap tegas


KEAKRABAN guru dengan pelajar boleh mewujudkan aura positif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Oleh Ruhaiza Rusmin

Kisah kegarangan dan ‘kebengisan’ guru disiplin penulis sewaktu di sekolah menengah dulu mengusik memori setiap kali hari guru.

Dengan misai melentik dan wajah yang tidak pernah mengukir senyum, Cikgu Ali Ahmad memang ditakuti pelajar.

Ditambah dengan rotan yang selalu dibawa ke hulu ke hilir, kelibat guru itu selalu dihindari pelajar.

Biarpun Cikgu Ali memang keterlaluan garangnya, tiada pelajar boleh menafikan, hatinya tetap baik.

Beliau antara guru paling prihatin pernah penulis kenal malah biarpun sudah lama meninggalkan alam persekolahan, nama setiap pelajarnya tetap diingati satu persatu.


Beliau berulang kali memberitahu, hukuman yang diberi bukan kerana benci namun atas sifat keikhlasan mahu melihat pelajarnya terdidik dengan nilai murni.

Walaupun ramai pelajar ‘merasai’ hayunan rotan Cikgu Ali, mereka sesekali tidak berdendam.

Malangnya suasana ‘mesra’ seperti mana pernah dirasai generasi pelajar dulu dan sezaman penulis, kini semakin bertukar corak.

Hubungan guru dan pelajar hari ini bukan saja dihiasi konflik malah mewujudkan jurang besar dalam pelbagai aspek.

Segelintir pelajar tidak lagi menghormati guru malah menganggap golongan itu sebagai ‘musuh’.

Guru disiplin yang dulunya dinobat sebagai guru paling garang di sekolah ibarat sudah hilang taringnya.

Justeru, pendekatan apakah yang harus diguna pakai dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar hari ini andai kuasa yang diperuntukkan itu semakin terhakis?

Ketua Guru Disiplin Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru, Huda Hussein berkata, sejak dulu pelajar melabelkan guru disiplin golongan yang garang, tegas dan tidak mudah didekati.

Beliau berkata, tanggapan itu tidak dapat dielakkan kerana karakter pemilihan guru disiplin selalu dibuat menerusi kriteria berkenaan.

“Dulu, memang itulah ‘wajah’ guru disiplin kerana mereka golongan yang akan melaksanakan hukuman jika pelajar melakukan kesalahan.

“Selari perubahan zaman, pelbagai pendekatan digunakan serta dipraktikkan bagi menjadikan hubungan pelajar dan guru disiplin tidak renggang.

“Namun, ketegasan masih perlu agar rasa hormat tetap ada. Berdasarkan pengalaman, bila pendekatan sesuai digunakan, pelajar akan lebih mendengar kata,” katanya.

Beliau berkata, tidak semua pelajar yang melanggar peraturan sekolah terdiri daripada mereka yang bermasalah.

“Ada pelbagai sebab mengapa mereka jadi begitu. Sebagai guru disiplin, keprihatinan terhadap pelajar bermasalah mesti ada.

“Pelajar bermasalah tidak boleh terus dihukum atau disisihkan tanpa memberi peluang membela diri.

“Mereka perlu diberi peluang untuk menceritakan permasalahan. Barulah proses pembaikan diri berlangsung dengan ikhlas,” katanya menganggap sokongan guru sangat penting dalam proses perubahan pelajar bermasalah.

“Dengan sokongan itu, pelajar pastinya dapat melihat kasih sayang guru pada mereka.

“Berdasarkan pengalaman, pelajar bermasalah ini sebenarnya mencari kasih sayang dan perhatian.

“Guru disiplin biarpun garang, jangan ingat kami tiada hati dan perasaan. Kami sangat menyayangi pelajar dan hanya mahu melihat mereka berjaya,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kuasa guru yang semakin terhad mendatangkan dilema ketika menjalankan tugas mendidik pelajar.

“Guru disiplin dulu mempunyai kuasa besar untuk mendidik pelajar melebihi kuasa ibu bapa.

“Kini, keadaan sangat berbeza kerana kami mempunyai kuasa cukup terhad. Guru tidak dibenarkan lagi menyentuh atau merotan pelajar.

“Ibu bapa akan menyalahkan guru jika hukuman dilakukan. Inilah dilema guru dalam mendidik generasi masa kini,” katanya.

Masyarakat, katanya, perlu mengetahui bahawa cabaran mendisiplinkan pelajar pada hari ini sangat sukar dan mencabar.

Menurutnya, cabaran itu bukan saja daripada pemasalahan akhlak malah turut dirangkumi faktor persekitaran.

“Mendidik pelajar hari ini cabarannya sangat hebat kerana mereka adalah generasi yang membesar dengan persekitaran global.

“Pelajar dulu tidak mempunyai keberanian dan kelantangan suara jika ia berkaitan hukuman guru.

“Tapi pelajar hari ini, mempunyai banyak akal dan helah untuk menyalahkan guru. Guru hari ini berdepan cabaran cukup kuat dari semua sudut,” katanya.

Guru disiplin dulu, akuinya, mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik kerana pelajar mahupun ibu bapa sangat mempercayai ‘ hukuman’ diterima bertujuan baik.

“Sekali kena (hukum) di sekolah, pelajar akan simpan rahsia itu daripada pengetahuan ibu bapa.

“Pelajar tahu, guru disiplin melakukannya atas dasar mahu membantu mereka menjadi baik,” katanya.

Bukan mahu menidakkan hak pelajar namun sebagai guru, mereka mempunyai tanggungjawab berat melaksanakan tugasan.

Menurutnya, tanggung-jawab guru adalah memastikan proses pendidikan dan pengajaran berlangsung dengan harmoni sekali gus melahirkan pelajar terdidik dengan ilmu serta nilai murni.

“Guru dulu berpegang pada falsafah ‘ mendidik’ kerana melalui didikan mereka mampu melahirkan manusia berjaya.

“Tapi sekarang, istilahnya ialah ‘mengajar’ bukan mendidik. Ia pendekatan berbeza,” katanya menganggap cabaran mendisiplinkan pelajar hari ini sangat meletihkan.

“Sebagai guru disiplin, secara dasarnya kami diberi tanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan pelajar dengan cara dibenarkan seperti mana garis panduan.

“Setiap hukuman bukan dilakukan dengan sembarangan. Ada panduan khusus perlu diikuti bagi menjamin hak pelajar.

“Bagaimanapun, segelintir hukuman yang tidak boleh dilaksanakan itu sebenarnya adalah ‘penawar’ terbaik untuk mendisiplinkan pelajar,” katanya.

Pelajar, katanya, perlu meletakkan martabat guru di tempat sesuai dan jangan keterlaluan membabitkan emosi.

“Ada pelajar pandai ‘berlakon’ untuk mengelakkan diri daripada dipersalahkan dan bagi menunjukkan seolah olah guru yang bersalah.

“Pelajar perlu tahu bahawa tanggungjawab seorang guru adalah untuk menjadikan mereka manusia. Guru tidak akan rugi apa-apa.

“Hubungan harmoni antara guru dan pelajar boleh mewujudkan aura positif yang sangat bermanfaat dalam proses pembelajaran dan pengajaran,” katanya.

Beliau juga tidak menolak ada guru disiplin bertindak melampaui batas hingga menyebabkan berlakunya perkara tidak diingini.

“Jika guru disiplin bertindak begitu, memang tidak boleh diterima kerana membabitkan aspek keselamatan pelajar.

“Seorang guru disiplin yang baik akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan jujur dan amanah bukan atas dasar amarah atau emosi.

“Walaupun ada yang mencalarkan nama guru disiplin, saya percaya lebih ramai yang baik dan ikhlas,” katanya.

Guru besar SK Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor, Mohd Ikhsan Ahmad, berkata kewujudan masalah disiplin di sekolah perlu diperinci dengan teliti.

Menurutnya, walaupun pelajar berkemungkinan bermasalah, guru disiplin perlu menyiasat.

“Setiap tindak tanduk guru disiplin mencerminkan sejauh mana prihatinnya terhadap permasalahan pelajar.

“Dalam hal tertentu guru disiplin pasti akan berasa tertekan namun kebijaksanaan perlu digunakan bagi menangani masalah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada pelajar sekarang berani berlakon dan menipu hingga berjaya memanipulasi ibu bapa.

Seboleh-bolehnya, ibu bapa jangan bertindak terburu buru andai kata anak mengadu dihukum.

“Dengar dulu penerangan kedua dua pihak, cari bukti dan sebagainya.

“Sebarang tindakan mengikut emosi hanya akan mengeruhkan keadaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com