Scroll to top

Friday, June 6, 2014

Jakim lambat bertindak?


PEMANTAUAN secara mengejut dilakukan oleh Jakim bersama pihak berkuasa bagi melihat proses sebenar pengurusan di sesuatu premis. - Gambar hiasan

SIAPA yang tidak gempar apabila produk coklat yang turut dinikmati oleh umat Islam di negara ini dikesan memiliki DNA babi.

Lagi pula ia membabitkan jenama terkemuka seperti Cadbury yang telah 10 tahun mendapat kelulusan halal iaitu pada 2004.

Berikutan itu, pelbagai pihak lantang bersuara mengecam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah tidak kurang yang memberikan pelbagai saranan supaya tindakan tegas diambil terhadap Cadbury kerana didakwa tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Bukan sahaja heboh diperkatakan oleh umat Islam di negara ini, malah perkara itu turut mendapat perhatian di beberapa negara luar yang mempersoalkan kesahihan keputusan ujikaji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang ‘bocor’ itu dan juga kredibiliti Jakim sebagai pihak bertanggungjawab mengawal status halal bagi sesuatu produk yang didaftarkan.

Perkara itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Malaysia sebagai negara hub halal dunia yang mendahului penyelidikan dan pembangunan halal di mata dunia.

Namun, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, orang ramai tidak perlu melenting apabila berlaku sesuatu isu sebaliknya merujuk kepada Jakim terlebih dahulu.

Tegasnya, Jakim tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam mendapatkan sijil halal dan juga sebarang salah laku dalam pensijilan halal.

Malah tambahnya, Jakim akan menjadi pihak pertama yang akan mengambil tindakan kepada sesuatu syarikat jika didapati berlaku penemuan Laporan Ketidakakuran (NCR) dalam Pensijilan Halal Malaysia atau tidak memenuhi Piawaian Pensijilan Halal Malaysia.

“Ramai yang mendakwa Jakim tidak mengambil tindakan dan lambat bertindak. Hakikatnya kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan mendapat tahu selepas maklumat keputusan itu tersebar meluas di internet pada 23 Mei lalu.

“Tetapi pada 24 Mei kita terus mengambil tindakan dengan menggantung sijil halal syarikat tersebut. Dan kali terakhir Jakim mengadakan pemantauan di kilang tersebut adalah pada 20 Februari lalu dan mendapati kilang tersebut masih mematuhi prosedur halal yang ditetapkan," katanya.

Melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jakim, Othman berkata, tidak akan berlaku penyelewengan atau memberi kelebihan kepada orang yang berkepentingan dalam perkara yang membabitkan status halal.

“Terdapat empat kumpulan penilai yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan sebelum meluluskan status halal terhadap sesuatu produk. Ia adalah terdiri daripada kumpulan peneliti, audit, penilaian dan pemantau.

“Syarikat perlu membuat permohonan sijil halal secara dalam talian (online) menerusi laman web bahagian Hub Halal, Jakim, e-halal dengan berserta segala ramuan yang digunakan dalam produk tersebut untuk diteliti oleh kumpulan peneliti.

“Manakala kumpulan audit pula akan ke kilang pemohon bagi melihat dan memastikan proses pembuatan produk, peralatan yang digunakan serta persekitaran, kebersihan dan pekerja di premis berkenaan agar bertepatan dengan standard yang ditetapkan.

“Selepas berpuas hati barulah laporan akan dibawa ke peringkat penilaian dan selepas panel penilai bersetuju barulah sijil halal akan dikeluarkan dan pemantauan akan dilakukan secara berkala. Setiap kumpulan penilai ini adalah individu yang berbeza," jelasnya.

Justeru, tambahnya, unsur salah laku dalam permohonan dan penelitian sijil halal sukar berlaku kerana perlu melalui pelbagai peringkat sebelum disahkan halal.

Pemeriksaan mengejut

Bagi mengelakkan daripada berlaku penipuan atau salah laku dalam pemilikan sijil halal, Jakim mengadakan pemantauan secara mengejut di sesuatu premis bagi memeriksa operasi sebenar yang dilakukan.

Othman berkata, terdapat tiga jenis pemantauan yang dijalankan oleh Jakim iaitu pemantauan berkala, pemantauan aduan awam dan pemantauan susulan.

“Bagi pemegang sijil Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri, pemantauan berkala iaitu sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Manakala, syarikat yang berisiko tinggi iaitu produk yang berasaskan daging dan ayam, minyak dan lemak, rumah sembelih, tiada sistem kawalan halal, tiada eksekutif halal dan Jawatankuasa Halal Dalaman, maka pemantauan akan dilakukan lebih daripada sekali setahun

“Jakim juga akan membuat pemantauan berdasarkan aduan awam yang diterima bersama agensi penguatkuasa berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain.

“Manakala pemantauan susulan dijalankan merangkumi pemeriksaan verifikasi terhadap tindakan pembetulan yang telah diambil oleh syarikat yang gagal mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya.

Bagi syarikat yang didapati tidak memenuhi Piawaian Pensijilan Halal Malaysia itu katanya, tindakan boleh dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan dengan denda maksimum sebanyak RM5 juta bagi syarikat dan RM1 juta dan tiga tahun penjara bagi individu.

Perkasa audit dalaman

Sehubungan itu, Othman menasihatkan kepada syarikat agar memperkasakan Jawatankuasa Halal Dalaman bagi melakukan pemantauan sendiri agar memastikan produk yang dihasilkan sentiasa mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.

“Kita minta kepada kilang-kilang supaya memperkukuhkan sistem jaminan halal dalaman.

“Menubuhkan serta memperkasakan Jawatankuasa Halal Dalaman dengan melantik eksekutif halal yang diiktiraf untuk memantau proses penghasilan produk pada setiap hari.

“Ini kerana industri juga perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam memastikan dan memberi jaminan produk yang dihasilkan adalah sentiasa halal digunakan oleh masyarakat," katanya.

Jawatankuasa Halal Dalaman itu katanya, hendaklah daripada kalangan individu yang berkelayakan dan terlatih yang diiktiraf bagi mengelakkan salah laku boleh berlaku.

JAIN dan MAIN juga tambahnya, perlu bertindak meningkatkan pemantauan di negeri-negeri masing-masing terutamanya di negeri yang mempunyai permintaan dan pemegang sijil halal yang banyak.

“Dan sebarang maklumat yang diperoleh, perlulah dirujuk kepada Jakim terlebih dahulu sebelum menguar-uarkan kepada umum.

“Kita telah mengadakan mesyuarat penyelarasan sejak 2011 lagi dan isu seperti ini tidak akan timbul jika dirujuk kepada Jakim," katanya.

Manfaatkan aplikasi Halal Square

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan sistem aplikasi mobil Halal Square yang diperkenalkan bagi membantu mendapatkan maklumat mengenai premis makanan yang menyediakan perkhidmatan sajian halal termasuk di luar negara.

Othman berkata, aplikasi itu menyediakan penjejakan lokasi yang berupaya menunjukkan arah perjalanan dan jarak premis halal berdasarkan aplikasi pemetaan.

“Dengan hanya mengimbas kod halal yang terdapat di sesuatu premis, aplikasi Halal Square akan membantu mengenalpasti status halal di premis tersebut dengan memaparkan alamat, nombor siri halal dan juga tarikh luput logo halal tersebut.

“Sehinggakan setiap cawangan bagi sesuatu outlet juga perlu mendapatkan sijil halal masing-masing. Jika pengguna mendapati maklumat yang dipaparkan adalah berbeza, boleh membuat aduan kepada Jakim, dan kita akan mengambil tindakan," katanya.

Halal Square juga membantu pengguna untuk sentiasa memaklumkan premis lokasi halal menerusi fungsi getaran pada telefon pintar masing-masing apabila berada kira-kira 500 meter daripada premis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com