Scroll to top

Monday, June 2, 2014

Kolej vokasional diperluas


Zainuren Mohd. Nor menyampaikan anugerah cemerlang SPM 2013 kepada seorang pelajar Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PENUBUHAN kolej vokasional kian diperluas termasuk di daerah setiap negeri bagi memastikannya dapat diakses dengan mudah oleh pelajar luar bandar, kata Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pen­di­dikan, Zainuren Mohd. Nor.

Menurut beliau, dengan perluasan itu akan memastikan tiada istilah pelajar tercicir atau terkecuali daripada menikmati kemudahan pendidikan berasaskan kemahiran yang menepati keperluan pasaran kerja dan pihak industri.

"Program pengajian yang ditawarkan di kolej vokasional berdasarkan kehendak semasa pemain industri dan sebelum menamatkan pengajian mereka akan menjalani latihan industri bagi memantapkan lagi ilmu kemahiran sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

"Pada masa sama, pelajar turut dibekalkan dengan kemahiran akademik, kendiri dan sebagainya bagi memastikan mereka dibekalkan dengan ilmu secukupnya," ka­ta­nya ketika berucap dalam majlis penyampaian Anugerah Cemerlang Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kolej Vokasional Setapak, Ruslan Zainudin dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kolej itu, Datuk Dr. Badaruddin Nordin.

Selain meraikan 30 pelajar kolej tersebut yang berjaya mendapat keputusan 5A, 6A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013, majlis itu turut meraikan pensyarah dan pelajar kolej yang cemerlang dalam kursus masing-masing.

Tegas Zainuren, selain mengkhususkan program pengajian yang berkualiti, kerajaan turut mengambil inisiatif mempelbagaikan kerja­sama dan melakukan perjanjian bersama dengan pihak industri bagi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada lepasan pelajar kolej vokasional.

"Bukan sahaja memastikan pelu­ang pekerjaan yang luas kepada le­pasan kolej vokasional, usaha yang dilakukan ini adalah untuk memberi keselesaan dan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada pelajar untuk menguasai lebih mendalam bidang kemahiran setanding dengan negara-negara maju lain," jelasnya.

Oleh sebab itu, kata Zainuren, pelajar atau mana-mana pihak yang berminat melanjutkan pengajian khususnya dalam bidang kemahiran perlu bijak mengambil kesempatan menikmati kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan me­lalui kolej vokasional ini.

Beliau turut memuji pencapaian pelajar dan pensyarah Kolej Vokasional Setapak yang turut tersenarai antara sekolah cemerlang SPM 2013 dan tercalon sebagai salah satu sekolah yang menerima Anugerah Bai’ah kebangsaan baru-baru ini.

sumber : UTUSAN Online

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com