Scroll to top

Saturday, June 7, 2014

Bentuk anak serba boleh


Cuti sekolah datang lagi. Jika masa anak-anak tidak diisi dan dirancang dengan baik, ia akan berlalu begitu saja tanpa aktiviti dan pengisian bermakna.

Ibu bapa mungkin merancang membawa anak-anak bercuti ke tempat menarik tetapi selepas itu apa pula aktivitinya?

Masa cuti inilah ibu bapa perlu mengambil peluang meningkatkan kemahiran insani dan sosial anak-anak sebagai persediaan menuju alam dewasa.

Oleh itu, apabila bekerja, pencapaian akademik yang baik semata-mata bukanlah tiket untuk mereka berjaya.

Sebaliknya, mereka yang mendapat pendapatan yang besar, kedudukan yang ting­gi dalam organisasi dan kenaikan pangkat adalah orang yang mempunyai pakej lengkap.

Bukan saja berkelulusan tinggi tetapi perlu bijak berkomunikasi, memiliki daya kepemimpinan yang berkualiti, bijak bergaul, cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, mempunyai daya tahan dan kekentalan hati.

Semua ini mudah terhasil jika anak-anak diberikan pendedahan awal. Jika kita biarkan anak-anak merancang masa cutinya sendiri, akhirnya duduk sajalah mereka di depan televisyen.

Apabila bosan, mereka melayari Internet dengan Facebook atau ‘chatting’ sampai pagi atau bermain dengan pelbagai bentuk permainan berkomputer sama ada secara online atau sebaliknya.

Permainan online ini pula sekali sudah dimulakan akan menjadi ketagih hingga sukar untuk dilupakan.

Tidak salah mengisi masa lapang dengan bermain, bergaul, berinternet atau berseronok. Namanya pun anak-anak, pasti naluri untuk berseronok itu ada.

Bagaimanapun, pada masa yang sama pastikan sebahagian cuti sekolah yang panjang itu digunakan bagi membabitkan diri dalam aktiviti atau program berfaedah.

Berikut adalah beberapa tip memilih aktiviti atau program untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini:

> Cari aktiviti yang mementingkan nilai moral atau agama. Bagi pelajar beragama Islam, pilihlah aktiviti yang sesuai dengan syariat agama.

Aktiviti itu hendaklah tidak melalaikan sehingga mengabaikan solat lima waktu. Pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu dibatasi, apatah lagi jika perlu bermalam.

Maklumlah remaja ada ketikanya melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Apabila berlaku perkara buruk barulah menyesal. Pilihlah program seperti khemah ibadah, program motivasi dan seminar bijak belajar.

Program itu memboleh­kan pelajar faham hala tuju hidupnya, bijak mengurus masa, tahu cara belajar yang betul, mantap sahsiah dan matang cara berfikirnya.

Meskipun ibu bapa mungkin terpaksa menge­luarkan sedikit perbelanjaan bagi memasukkan anak-anak ke program begini, ia bukan pelaburan yang sia-sia.

Anak-anak yang dibekalkan dengan ilmu kehidupan dan kecemerlangan mampu bersaing dan pergi lebih jauh berbanding mereka yang tidak pernah mendapat pendedahan.

> Cari aktiviti yang selamat untuk disertai. Remaja sukakan cabaran. Memang cabaran itu bagi meningkatkan keberanian, jati diri dan semangat juang anak-anak.

Bagaimanapun, apa juga risiko yang mahu diambil biarlah dalam kapasiti kemampuan anak dan mengikut peraturan dan perundangan. Pastikan ada insurans yang melindungi anak-anak sebab malang tidak berbau dan sukar dihidu.

> Cari aktiviti yang meningkatkan kemahiran sosial. Dengan adanya kemahiran sosial anak-anak lebih mudah dan selesa berinteraksi dengan rakan-rakan dan orang dewasa.

Dia juga mudah berkawan meskipun di tempat baru. Dia juga dapat bertindak lebih berhemah dan bijaksana dalam situasi yang berbeza.

Persediaan ini penting lebih-lebih lagi jika anak kita mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh atau ke kolej. Anak-anak yang tinggi kemahiran sosialnya biasanya akan cepat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan bijak bergaul dan ini membuatkan mereka lebih cemerlang.

> Aktiviti yang mahu dilakukan itu hendaklah meningkatkan kualiti diri. Cuba letakkan matlamat agar setiap kali cuti sekolah, ada ilmu baru yang diperoleh anak-anak.

Misalnya jika mereka lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, gunakan cuti sekolah ini bagi memasukkan mereka ke kelas intensif bahasa Inggeris.

Boleh juga manfaatkan cuti sekolah bagi mempelajari bahasa lain seperti Arab atau Cina.

> Cari aktiviti yang mampu membentuk minda yang positif serta merangsang perubahan sikap. Ramai anak yang gagal dalam pelajaran atau kehidupan bukan disebabkan mereka tidak bijak, sebaliknya disebabkan masalah sikap.

Ada juga yang mempu­nyai imej diri yang negatif dan sentiasa merasakan bahawa dirinya tidak cukup hebat, tidak pandai, tiada keyakinan diri dan seumpamanya. Pendek kata, keyakinan diri mereka rendah.

Sebab itulah ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak-anak mereka membina keyakinan diri dengan memasukkan mereka ke program motivasi.

> Cari aktiviti yang membabitkan aktiviti kemasyarakatan. Setiap kali cuti sekolah banyak pertubuhan belia dan NGO yang menjalankan program kemasyarakatan.

Cuba aktifkan diri de­ngan menghadiri program yang dianjurkan. Cuma, pastikan aktiviti yang disertai itu bukan sekadar mendapat keseronokan saja, tetapi sebaliknya memberikan kesedaran, ilmu dan kemahiran tertentu yang boleh dimanfaatkan nanti.

> Masukkan anak-anak ke dalam kursus atau program yang sudah lama bertapak, memiliki pengalaman luas dan terbukti hasilnya berdasarkan testimoni ibu bapa dan peserta. Misalnya, kursus Motivasi Alihan Pelajar yang dianjurkan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd.

Program motivasi ini bertujuan membentuk sikap positif, meningkat­kan kemahiran sosial, memberikan kesedaran aspek kecemerlangan dan mendorong anak-anak mendekatkan diri kepada Allah.

Program ini terbuka kepada anak-anak yang berusia antara 10 hingga 19 tahun dan dijalankan dalam bentuk seminar selama dua hari.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com