Scroll to top

Friday, June 6, 2014

Mata pelajaran ‘STEM’ perlu diberi lebih perhatian, kata Najib


Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini mengajak semua pihak - para pensyarah, guru dan ibu bapa - supaya bersama-sama berganding bahu membimbing pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perdana menteri berkata pelajar perlu didedahkan kepada kerjaya berkaitan dengan STEM sejak di peringkat prasekolah lagi kerana kebanyakan mereka mempunyai persepsi bahawa mata pelajaran berkenaan bukan hanya sukar, malah kurang menarik untuk diterokai.

"Jika ditinjau prestasi pelajar-pelajar kita dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, secara keseluruhannya mempamerkan pencapaian yang lebih rendah dalam kajian perbandingan pencapaian dua bidang berkenaan di peringkat antarabangsa.

"Kajian perbandingan ini memberikan kita isyarat bahawa para pelajar kita mempunyai ruang yang lebih banyak lagi dalam mempelajari mata pelajaran STEM. Secara ringkas, ia perlu diberi lebih perhatian," katanya ketika melancarkan program Perkhemahan Bitara STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Felda di Maktab Rendah Sains (MRSM) Felda, Trolak dekat Tanjung Malim.

Program berkenaan merupakan kerjasama antara UKM dan Felda melibatkan 200 pelajar tingkatan satu hingga tiga (anak-anak Felda dari 10 Wilayah Felda di Semenanjung) bagi membangkitkan kesedaran pelajar terhadap pendidikan STEM dan memupuk daya kreatif serta inovatif dalam kalangan mereka.

Perkhemahan Bitara STEM itu juga merupakan inisiatif di bawah Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC) yang dipengerusikan Najib melalui program Human Capacity Building and Cradle to Career (C2C).

Najib berkata sebuah Makmal STEM akan ditubuhkan di MRSM Felda berkenaan sebagai pusat aktiviti, rujukan dan latihan guru bagi empat bidang itu.

Selain itu, beliau berkata makmal STEM itu akan diperluas di setiap wilayah Felda dengan pewujudan sebuah model makmal STEM di sekolah menengah di Rancangan Felda yang akan ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Felda bermula tahun depan.

"Beberapa inisiatif dan galakan yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan minat pelajar-pelajar di Rancangan Felda terhadap mata pelajaran STEM.

"...yang paling istimewa sekali ialah menghantar sebanyak 10 orang pelajar terbaik yang terpilih dari kalangan peserta Perkhemahan Bitara STEM untuk menyertai Karnival Antarabangsa STEM di New York, Amerika Syarikat apabila ia dianjurkan nanti," katanya.

Najib menyeru sektor awam mahupun swasta untuk turut terlibat menjayakan program seumpama Bitara STEM itu, selain berharap agar UKM dan Felda akan meneruskan usaha murni mereka pada masa akan datang.

"Usaha-usaha begini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam melahirkan masyrakat Malaysia pelapis yang progresif dan inovatif, yang bukan hanya berperanan sebagai pengguna teknologi semata-mata.

"...malahan menjadi "creator" (pencipta), "innovator" (pereka) dan seterusnya "entrepreneur" (usahawan) berteraskan ciri anak watan yang kita banggakan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. – Bernama, 6 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com