Scroll to top

Friday, June 6, 2014

Gangster sekolah: Pulih integriti keluarga, turun kos hidup


NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF | 05 Jun 2014.

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan penyebaran video yang memaparkan aksi ganas pergaduhan melibatkan pelajar. Bermula dengan video seorang remaja lelaki berpakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lelaki lain, diikuti pula pada beberapa hari lepas dengan video yang memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar perempuan dan pada hari semalam sekali lagi dikejutkan dengan video dua remaja perempuan yang masih memakai pakaian seragam sekolah sedang bertumbuk.

Lebih awal daripada semua insiden ini, pada 29 April lalu kita telah pun dikejutkan dengan suatu kejadiaan tragis yang berlaku di gelanggang bola tampar sekolah melibatkan seorang pelajar lelaki ditumbuk beberapa kali di muka sehingga membawa kepada kematiannya.

Apa yang menjadi tanda tanya kepada kesemua kecelakaan ini ialah, apakah punca sebenar sehingga remaja dan para pelajar kita hari ini terdorong untuk melakukan aksi-aksi ganas seumpama itu?

Saya merujuk kepada kepada Laporan Tekad Integriti 2009-2013 yang mengandungi butiran terperinci kemajuan Pelan Intergriti Nasional (PIN) untuk diberi perhatian penting oleh setiap lapisan masyarakat.

Laporan itu mendedahkan bahawa antara punca yang menyebabkan para pelajar melepaskan tekanan di sekolah dengan tindakan vandelisme dan aksi gengsterisme ialah kerana sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap hal ehwal kebajikan anak-anak khususnya yang berkaitan dengan persekolahan mereka. Selain itu, ia juga berpunca kerana ibu bapa kurang memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak sehingga memberi ruang kepada mereka untuk melakukan kesalahan tanpa ditegur atau dimarahi.

Lebih menarik, laporan tersebut juga merumuskan bahawa keadaan itu berlaku adalah kerana kesibukan ibu bapa yang terpaksa menumpukan lebih masa kepada pekerjaan untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga. Sementelah lagi hari ini kita sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

Sebelum perkara ini bertambah parah dan meruncing, saya menyeru kepada pelbagai pihak untuk mengambil segera tindakan yang sewajarnya. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu merancang dan menyediakan suatu mekasnisme yang memberi fokus kepada pemulihan intergriti keibubapaan dan kekeluargaan, dan pelan tindakan menyeluruh khususnya bagi membantu para ibu bapa yang memiliki tanggungan yang ramai serta berpendapatan pertengahan dan rendah supaya dapat meringankan beban mereka dalam mencari rezeki sekaligus dapat memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada pembangunan keluarga.

Jika mereka terus dibiarkan hidup terbeban, tidak mustahil gejala gengster sekolah ini akan berkembang dan membiak menjadi jenayah-jenayah yang lebih bahaya pada masa akan datang.

*Penulis adalah Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Artikel Islam (28) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (25) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari Astro Awani (9) Petikan Akhbar dari BH Online (9) Berita Agama (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Ibadah Haji (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Artis (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Pemimpin Negara (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com