Scroll to top

Saturday, June 7, 2014

Jenayah kanak-kanak perlu segera ditangani


Siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kanak-kanak?

Golongan itu adalah mereka berumur di bawah 18 tahun yang memerlukan penjagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan (Akta Kanak-Kanak 2001).

Definisi kanak-kanak menurut Islam pula ialah yang belum mencapai peringkat umur baligh (belum matang), iaitu masih belum mampu untuk berfikir dan membuat keputusan secara munasabah.

Kanak-kanak adalah pemangkin dan pelapis masa depan negara. Hal ini diketengahkan Akta Kanak-Kanak 2001 yang mengiktiraf mereka sebagai suatu bahagian penting dalam mewujudkan masyarakat aman, penyayang dan progresif.

Melihat kepada kerapnya paparan kes jenayah ke atas kanak-kanak, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat hari ini.


Kes jenayah ke atas kanak-kanak semakin membimbangkan.

Terdapat pelbagai bentuk jenayah yang dilakukan antaranya penderaan, rogol atau liwat, pembunuhan, pemerdagangan atau penculikan kanak-kanak, sumbang mahram dan buang bayi.

Kes tertinggi dicatatkan ialah penderaan.

Lebih membimbangkan ialah deraan di bawah jagaan pengasuh kerana kes penderaan di pusat-pusat jagaan semakin meningkat.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penderaan kanak-kanak pada 2012 meningkat 17.8 peratus kepada 285 kes berbanding 242 kes pada 2011.

Paling menyayat hati, kanak-kanak berusia satu hingga tujuh tahun menjadi mangsa penderaan tertinggi dalam tempoh dua tahun iaitu 136 kes pada tahun lepas berbanding 117 pada 2011 (Asisten Komisioner Hamidah Yunos, 2013).

Selain itu, kes eksploitasi juga semakin membimbangkan. Dalam usia yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa, kanak-kanak amat mudah dipergunakan.

Mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), 2014, kira-kira 2.7 juta orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbabit dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia.

Pakar psikologi berpendapat, antara faktor utama kelakuan jenayah terhadap kanak-kanak termasuk membunuh mangsa disebabkan tekanan hidup yang melampau dalam masyarakat.

Koordinator Program Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Rahmatullah Khan Abdul Wahab Khan menyatakan bahawa tindakan kejam di luar kewarasan dan kemanusiaan banyak dilakukan pelaku yang terbabit dengan najis dadah selain emosi yang bercelaru.

Antara beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah keprihatinan lebih daripada ibu bapa. Setiap langkah anak-anak haruslah dipantau bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Seterusnya ialah keprihatinan daripada masyarakat yang perlu peka dan prihatin serta mengikis sikap individualistik.

Manakala pihak berkuasa juga perlu memastikan pelaksanaan undang-undang terhadap kes jenayah kanak-kanak diberi perhatian yang lebih wajar dengan penguatkuasaan lebih tegas.

* Penulis siswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

** Warga kampus yang ingin berkongsi penulisan mengenai isu semasa boleh menghantarnya kepada ruhaizarusmin@mediaprima.com.my atau rencana@mediaprima.com.my

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com