Mohd Hassan Adli Yahaya
hassan.adli@imhassan.my
BERSYUKUR saya kerana diberi kesempatan menulis dalam ruangan Kalam Imam Muda di Metro Ahad yang saya kira antara medium terbaik bagi mendekatkan diri di kalangan umum, sekali gus berkongsi ilmu serta pengetahuan dimiliki.
Saya kira, masih ramai di luar sana belum mengenali diri saya secara dekat walaupun setelah muncul sebagai ‘Imam Muda Unggul’ bagi Program Imam Muda Musim Kedua 2011.
Yang nyata, di sebalik anugerah itu, ia memberi saya satu lagi tanggungjawab besar yang perlu digalas dan diharapkan saya mampu memikul cabaran ini dengan sama-sama saling bertukar buah fikiran tanpa mengira skop sesuatu isu, khususnya dalam aspek agama.
Bukan untuk mengatakan saya hebat dalam bidang agama, namun yang saya harapkan, kita sebagai satu masyarakat khususnya yang beragama Islam, mampu duduk bersama, berbincang dan mencari kesepakatan serta penyelesaian dalam pelbagai isu pada masa kini.
Terus terang, saya tidak menduga dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul dan apabila nama saya diumumkan, tubuh seakan-akan sejuk dan lutut menjadi lemah untuk melangkahkan kaki kerana berasa bagai mimpi.
Perasaan ketika itu bercampur baur kerana sebagai manusia saya mengakui mempunyai kelemahan tersendiri sama seperti hamba Allah yang lain.
Yang pasti, kemenangan malam itu mengubah kehidupan saya di mana saya bukan lagi sekadar pemenang dan peserta Imam Muda, sebaliknya ‘public figure’ yang saya percaya menjadi perhatian masyarakat.
Sebagai pengenalan, sebelum saya teruskan dengan pelbagai kupasan menerusi ruangan ini, kiranya lebih baik saya menerangkan serba sedikit kaitan antara kemenangan saya pada malam berkenaan dengan kehidupan yang saya lalui.
Kemenangan itu pada saya sebenarnya adalah hadiah kepada ibu, Arpah Mohd Nor, 60, yang membesarkan saya bersama sembilan beradik lain sejak kematian ayah pada 1992.
Bagi saya, doa ibu membuatkan saya berjaya pada hari ini, jika tidak, pastinya sukar untuk kekal sebagai finalis program berkenaan.
Sejak detik itu, ibu memainkan peranan sebagai ayah dan ibu yang bersusah payah membanting tulang membesarkan dan memberi pendidikan kepada saya bersama adik-beradik lain.
Saya diajar berdikari sejak kecil lagi di mana seawal usia enam tahun, berulang-alik sendirian menaiki bas dari kampung di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak ke sekolah agama swasta di pekan Seri Manjung hingga darjah tiga sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi sehingga tamat darjah enam.
Saya masih ingat ibu pernah bercerita arwah ayah menamakan saya Mohd Hassan Adli sempena nama seorang tokoh ulama tersohor tanah air sekitar 1950-an yang berasal dari Bagan Datoh, Perak.
Hasrat arwah ayah serta susah payah itulah menguatkan diri saya mendalami bidang agama.
Pada 1998, saya mendaftar di Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah, Perak (sekarang berstatus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Hanya pada 1999, baru saya dapat menyambung belajar ke tingkatan dua di Sekolah Izzuddin Shah, sekolah idaman saya selama ini hingga tamat tingkatan lima.
Di sinilah saya mengasah bakat menjadi vokalis utama bersama kumpulan nasyid Soutul Faizin dan memperoleh pencapaian tertinggi iaitu Anugerah Moderator Terbaik peringkat negeri Perak 2001.
Di sini juga saya dilatih menjadi ‘naqib’ untuk mengendalikan usrah, tazkirah, tahlil dan mengimamkan solat jemaah serta qiamullail, sekali gus kemahiran saya diacu dan dibentuk sebagai pendakwah.
Selepas tamat tingkatan lima, saya meneruskan pengajian setahun setengah di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Sains Kemanusiaan di kampus utama UIAM Gombak, Selangor.
Masuk tahun dua pengajian, saya memohon kepada pihak fakulti menukar kursus kepada pengajian ilmu wahyu. Sebabnya kerana pengajian Sains Kemanusiaan yang saya pelajari dua tahun tidak begitu cocok dengan jiwa saya yang dipupuk lebih meminati bidang agama.
Syukur kerana permohonan saya diluluskan pihak universiti dan saya kembali meneruskan pengajian dalam bidang Ilmu Wahyu.
Daripada berniaga kecil-kecilan, mengajar kanak-kanak mengaji dari rumah ke rumah, mengajar tafsir al-Quran Harfiyah hinggalah menjadi penceramah motivasi sambilan di sebuah syarikat latihan di Seri Gombak, Selangor, semuanya saya lakukan untuk memastikan ibu dan adik beradik saya tidak dibebani beban kewangan semata-mata kerana kehendak saya untuk belajar.
Nyata, pejam celik, pejam celik, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda kepujian ilmu wahyu di UIAM pada 2009.
Ketika tamat semester akhir pengajian di UIAM, saya dan seorang sahabat terbang ke Syria mengikuti kursus bahasa Arab dan Talaqqi Al-Quran selama empat bulan di Maahad Al-Idrisi, Damsyik.
Semangat untuk belajar dan mendalami ilmu agama sentiasa berkobar-kobar dalam diri saya. Pada akhir 2010, saya mendaftarkan diri untuk belajar di peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya. Bagaimanapun, atas kesuntukan masa, saya hanya belajar secara sambilan.
Allah Maha Kaya! Sewaktu dipelawa menjadi imam tetap di Masjid Kemensah Heights, Kuala Lumpur, saya berkenalan dengan Ustaz Zulkifli Hamdan yang terkenal sebagai ahli Taranum Al-Quran.
Peluang itu sedikit sebanyak menguatkan ilmu Taranum dalam diri saya sebelum mencuba uji bakat bagi program realiti Akademi Al-Quran.
Walaupun terpilih menyertai program itu, namun sudah takdir bukan rezeki, pada pertengahan siri berkenaan saya tersingkir.
Berbekalkan pengalaman lalu, saya mencuba uji bakat Imam Muda Musim Ke-2 dan Alhamdulillah, berkat doa ibu, percubaan saya menjadi lagi.
Bagaimanapun, sebelum melangkah masuk ke Program Imam Muda, saya merujuk hasrat itu kepada beberapa mentor, antaranya Ustaz Zahazan Mohamed.
Amanat dan nasihat beliau juga antara penguat jiwa saya yang melakukannya hanya kerana Allah dan bukan kerana niat lain.
Bermula daripada hari pertama di Masjid Wilayah Kuala Lumpur sehingga terpilih menjadi finalis Imam Muda minggu ke-10 iaitu minggu terakhir program, pelbagai rintangan dan dugaan saya tempuh.
Begitu juga banyak pelajaran dan ilmu yang saya timba sepanjang mengikuti program itu hinggalah dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul Musim Kedua dan inilah rezeki dan ketetapan nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.
Sesungguhnya saya bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yang dianugerahkan selain berharap jika ada kesilapan atau ilmu dimiliki, dapatlah sama-sama kita kongsi sebagai panduan dalam kehidupan ini.
Dan sekali lagi terima kasih kerana saya percaya dengan adanya ruangan ini, umat Islam akan sepakat dan sekali gus memartabatkan ukhuwah Muslim.
sumber: myMetro

No comments:
Post a Comment