KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd Selasa melancarkan Saga FLX 1.3L baru, yang dijangka berharga antara RM38,598 hingga RM44,998.
Dalam satu kenyataan Selasa, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata kereta berkenaan akan memberikan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak empat peratus dalam persekitaran pemanduan bandar dan 10 peratus di lebuh raya dengan penggunaan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT).
"Dengan teknologi baru ini, model baru yang dipertingkat dijangka menawarkan penjimatan yang lebih lagi dalam penggunaan bahan api dan pemanduan yang lancar kepada pengguna," kata Syed Zainal.
Pelancaran berkenaan susulan pengumuman syarikat sebelum ini pada Jun mengenai kejayaan pembangunan dan integrasi teknologi CVT dengan enjin CamPro. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment