SIAP SEDIA...pemain Uruguay berharap dapat lebur rekod yang dipegang bersama Argentina.
Uruguay tidak mampu bersaing dengan pasukan terdahulu yang menjuarai dua Piala Dunia dan dua pingat emas Sukan Olimpik pada babak pertama abad sebelum ini namun dalam era yang menyaksikan taktik lebih diutamakan, pencapaian mereka sejak akhir-akhir ini amat menakjubkan.
Selepas menyingkirkan pasukan pilihan Argentina pada suku akhir, Uruguay boleh mengatasi musuh lama mereka daripada segi jumlah kejuaraan Copa.
“Saya fikir kami berdepan saat hebat. Selepas kempen panjang pada kelayakan Piala Dunia (2010), pusingan akhir (2010) dan Copa America pastinya bagus jika menjulang piala ini,” kata pemain tengah Egidio Arevalo Rios.
“Usaha yang kami lakukan menentang Argentina adalah bagus tapi bagi perlawanan ini (final) ia patut berganda.” Uruguay, yang menduduki tangga keempat pada Piala Dunia setahun lalu, enggan dianggap sebagai pasukan pilihan sekalipun Paraguay, yang memburu kejuaraan Copa ketiga selepas menang kali terakhir pada 1979 di Buenos Aires, dilihat mempunyai banyak kekurangan.
“Banyak pasukan bermula sebagai pilihan dan hari ini mereka terkeluar. Ia bukannya persoalan mengenai menjadi pilihan, anda perlu mempamerkannya di atas padang,” kata Arevalo Rios.
Paraguay, yang layak ke final selepas lima keputusan seri, berehat kurang sehari daripada lawannya dan tampil dalam dua masa tambahan termasuk kemenangan separuh akhir Khamis lalu ke atas Venezuela perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti dan kini kehilangan pemain kerana kecederaan serta penggantungan perlawanan.
Uruguay mengalahkan Peru 2-0 pada separuh akhir Rabu lalu, ketika penyerang Luis Suarez menjaringkan dua gol untuk berkongsi dengan pemain Argentina, Sergio Aguero sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan dengan tiga gol. - Reuters
sumber: myMetro Online
No comments:
Post a Comment