Scroll to top

Monday, July 25, 2011

MAEPA - Malaysia, Australia bantu pendidikan Afghanistan

SELEPAS menerima maklum balas positif daripada kerajaan Afghanistan, program Malaysia-Australia Education Project for Afghanistan (MAEPA) diteruskan tahun ini dengan menerima 30 tenaga pengajar dalam kohort pertama dari negara itu. 

Program yang sudah masuk tahun ketiga itu dijadual berlangsung selama 14 minggu yang menggunakan modul standard sistem pendidikan Malaysia.

Modul asas melatih peserta yang terdiri daripada guru dan pensyarah untuk terus cekap dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik generasi muda di Afghanistan.



Peserta daripada empat kohort akan menjalani latihan menerusi MAEPA ketiga ini. Tiga lagi kumpulan akan mengikutinya bermula awal tahun depan. 

Tambahan dua kohort kumpulan daripada pentadbir Bahagian Pendidikan Guru dan Kolej Latihan Guru Afghanistan akan diadakan di Institut Aminuddin Baki, tahun depan. 

Sepanjang kursus berlangsung, perkhidmatan tiga jurubahasa dari Afghanistan dimanfaatkan untuk menterjemah semua modul dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Afghanistan iaitu Pastho dan Dari. 

Pensyarah Kolej Latihan Perguruan, Kabul, Afghanistan, Ahmad nazir Asharti, 35, berkata peluang mengikuti latihan itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan generasi muda di negaranya. 
Katanya, dengan adanya kumpulan tenaga pengajar terlatih terutama dalam bidang teknologi maklumat dan bahasa Inggeris, pasti sistem pendidikan di negara asalnya dapat dipertingkatkan. 

“Saya begitu menghargai inisiatif kerajaan Malaysia dan Australia dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran mengajar bagi mata pelajaran Pengajian Islam, Kesusasteraan, Teknologi Maklumat dan Bahasa Inggeris,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian MAEPA 3 di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Majlis dirasmikan Setiausaha Bahagian Ekonomi, Kementerian Luar Negeri, Zakri Jaafar. Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Afghanistan ke Malaysia, Abdul Samad Mulia; Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Halili Dolhan dan Kaunselor Pendidikan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Louise McSorley. 

Sementara itu, Abdul Samad berkata, banyak perubahan dalam pendidikan dapat dirasakan di Afghanistan selepas mengikuti MAEPA sejak tiga tahun lalu. 

Beliau berkata, perubahan itu menyaksikan kohort tenaga pengajar sebelum ini, berjaya melatih ramai guru dan pensyarah menjadi pendidik terlatih. 

Program itu katanya, berjaya menambah baik sistem pendidikan di negaranya menjadi lebih sempurna sejajar keperluan semasa terutama selepas pergolakan kesan peperangan. 

“Penyertaan wakil tenaga pengajar wanita juga bertambah untuk kohort kali ini. Penambahan itu membuktikan negara kami berusaha memberi pendidikan saksama buat semua kerana jumlah pelajar perempuan di kebanyakan sekolah juga semakin bertambah,” katanya. 

McSorley pula berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada projek ini kerana ia adalah kerjasama antara tiga kerajaan yang akan mengubah nasib ribuan kanak-kanak di Afghanistan.



sumber: Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com