Saudara baru, Muhammad Adam melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana telah diberi hidayah untuk memeluk Islam. Akuinya, memeluk agama suci itu tidak pernah terlintas dalam benak fikirannya. Semuanya berlaku secara pantas malah kepercayaan terhadap Islam semakin menebal setelah kajian terhadap agama itu dilakukan. Bagi Adam, Islam agama yang berbeza dengan agama-agama lain.
“Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia. Apabila Islam itu dinobatkan suatu cara hidup manusia, bermakna Islam meletakkan beberapa garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia. Jadi manusia hendaklah mengikuti budaya hidup Islam,” kata Adam.
Tutur Adam lagi, Islam bertambah indah apabila seseorang yang memeluk Islam tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan saudara maranya yang masih belum Islam lebih-lebih lagi ibu dan bapanya. Masih ada tanggungjawab kekeluargaan yang perlu dilunaskan selama mana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
“Itulah istimewanya Islam,” katanya yang nekad meneruskan pengembaraan dalam Islam tanpa henti dan mengharapkan sentiasa dapat menimba pelbagai pengalaman baru berkaitan Islam.
“Sesungguhnya saya bersyukur atas sifat keampunan-Nya dan sifat penyayang-Nya,” kata Adam.
sumber: SH Online
No comments:
Post a Comment