.Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh
orang-orang yang bertauhidmdan hiburan bagi orang-orang yang ahgli ibadah.
Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi
ridha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.
Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah
dengan pengetahuan.
Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan
jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.
Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api
permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.
Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan
kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.
Bersikaplah sopan dalam majlis, diam kecuali untuk satu kebaikan, dengan wajah berseri penuh rasa hormat kepada
sesama majlis, mendengar apa yang mereka bicarakan, dan jangan sekali-kali memotong percakapan mereka.
Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah
kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.
Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan
menerima kecintaan dari Allah.
Enam hal yang memberi kesembuhan: Agama, ilmu, kekayaan, herga diri, ampunan dan kesihatan.
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
benda -benda yang kotor
sumber: http://web.utm.my
No comments:
Post a Comment